This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

http://2.bp.blogspot.com/-cSGfqn1pN_M/TqPzDdGxXOI/AAAAAAAABI0/Y92kuuovxzs/s1600/assalamualaikum.png

Selasa, 30 September 2014

SINDROM DOWN

APA ITU SINDROM DOWN?

Sindrom Down ialah penyakit konginetal apabila seseorang di lahirkan mempunyai 3 salinan kromosom 21. Pada seseorang yang normal, mereka sepatutnya hanya mempunyai 2 salinan kromosom. Sindrom Down tidak boleh diubati. Perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak Sindrom Down lambat dan perlu didikan awal agar dapat membantu mereka berdikari.



CIRI-CIRI FIZIKAL SINDROM DOWN

üMempunyai iras muka yang sama
üMempunyai pangkal hidung yang kemek
üJarak diantara dua mata jauh, mata merah, berair dan sepet
üSaiz mulut kecil
üSaiz lidah tebaldan pendek
üPertumbuhan gigi lambat dan tidak teratur
üJari-jari tangan pendek dan jari kelingking membengkok
üTangan lebar dan pendek
üKaki agak pendek dan jarak ibu jari kaki dan jari kaki kedua agak jauh.
üMempunyai otot yang lemah
üBerbadan gempal, rendak serta bongkok.

üBerambut lurus dan lembut




PUNCA-PUNCA SINDROM DOWN

Sindrom Down adalah masalah DNA hasil daripada gangguan kromosom yang membezakan fizikal dan kognitif. Di dalam sel badan yang normal akan mempunyai 46 kromosom, tetapi untuk pesakit Sindrom Down, mereka mempunyai 47 kromosom dalam setiap sel tubuh mereka. Tiga jenis Sindrom Down yang dikenal pasti seperti berikut:
1)Sindrom Down Trisomi 21
Setiap sel dalam badan pesakit mepunyai 47 kromosom dan bukan 46 kromosom seperti bayi yang normal.
2)Sindrom Down Translokasi
Tambahan kromosom 21 terasuk ke dalam kromosom yang lain dan boleh diwarisi dari seorang ibu bapa
3)Sindrom Down Mosaic
Sesetengah sel mempunyai satu kromosom tambahan (47) dan lain-lain mempunyai kromosom yang normal (46). Jenis ini disebabkan oleh kemalangan dalam pembahagian sel dalam perkembangan embrio dan berlaku kesilapan dalam salah satu daripada pembahagian sel yang pertama sejurus selepas mengandung.


Punca-punca lain :
1)Genetik
2)Pendedahan kepada pancaran Sinar-X
3)Jangkitan virus
4)Ubat-ubatan yang kuat
5)Masalah hormon dan imunologi
6)Umur ibu mengandung





KESAN-KESAN SINDROM DOWN

q Mempunyai kecacatan jantung kongenital (jantung berlubang)
q Kelewatan bercakap
q Kehilangan pendengaran
q Masalah penglihatan

q Kelemahan otot

DISLEKSIA

APAKAH ITU DISLEKSIA?

Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku. Kanak-kanak disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha. Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dan bunyi. Mereka mungkin mengalami kesukaran membaca, menulis, memahami, mengeja dan mengira. Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah disleksia berbanding kanak-kanak perempuan



PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA DISLEKSIA

1)Keturunan atau genetik
vAhli keluarga yang mempunyai masalah yang sama dan mungkin boleh diwarisi. Hal ini disebabkan oleh kromosom 15,1 dan 16 yang boleh dipertuturkan secara turun temurun.
2)Biologi
vSejarah kanak-kanak semasa dilahirkan adalah tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Hal ini akan menjejaskan otak dan akan menyebabkan kanak-kanak mengalami masalah belajar.
3)Kematangan
vTerdapat kanak-kanak yang lambat perkembangan pada bahagian tertentu dalam sistem saraf mereka. Pada kebiasaannya, lelaki lambat matang berbanding perempuan dan ini merupakan salah satu kemungkinan punca terjadinya disleksia.



APAKAH CIRI-CIRI DISLEKSIA?

Di peringkat pra sekolah:
§Lambat bertutur
§Mengalami kesukaran sebutan atau rima
§Sukar menulis nama sendiri
§Sukar mengenal bentuk atau warna
§Sukar memberitahu cerita yang dipelajari
§
Di alam persekolahan:
§Gagal menguasai tugasan sekolah
§Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas
§Kesilapan membaca huruf, perkataan dan nombor (bacaan terbalik)
§Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
§Kesukaran memahami, mengingat dan mengikut arahan
§Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah



APAKAH MASALAH YANG MUNGKIN DIALAMI?

1.Salah sangka dan digelar sebagai malas, bodoh atau lembab

2.Pembetukan imej diri yang sihat terjejas dan mengalami rasa rendah diri

3.Jika tidak dikenalpasti dan dibantu diperingkat awal:
Ø Ganguan emosi (seperti kemurungan)
Ø Masalah tingkah laku (seperti melawan, kecelaruan tingkahlaku)
Ø Rendah pencapaian akademik (menyebabkan keciciran sekolah)  




LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMBANTU KANAK-KANAK DISLEKSIA

q Bantu kanak-kanak dan keluarganya mengendalikan permasalahan ini dan membina keyakinan diri anak
q
q Bantu anak menguasai maklumat secara beransur-ansur
q
q Pengulangan semasa mengajar
q
q Gunakan video atau kaset untuk belajar
q
q Mengadakan program pemulihan khusus











Isnin, 29 September 2014

Rujukan

(2012, Disember 20). Retrieved September 29, 2014, from Integriti Guru berkesan membentuk jati diri : http://ilmu-ilman-ulama.blogspot.com/2012/12/integriti-guru-keberkesanan-membentuk.html

Apakah itu Integriti? (2012, November 26). Retrieved September 29, 2014, from http://blogapakahitu.blogspot.com/2012/11/apa-itu-integriti-maksud-integriti.html

Nota Pelajaran PISMP. (n.d.). Retrieved September 29, 2014, from Masalah Penglihatan: http://notakuliahpismp.blogspot.com/2012/10/definisi-masalah-penglihatan.html

Othman, N. (2012, Oktober 22). Masalah Pendengaran. Retrieved September 29, 2014, from http://marikitamendengar.blogspot.com/2012/10/pengenalan-kepada-masalah-pendengaran.html
Wikipedia. (n.d.). Retrieved September 29, 2014, from http://ms.wikipedia.org/wiki/Integriti

Chong Jee Chieng Definisi Disleksia. Diperolehi August 20, 2014, daripada http://www.scribd.com/doc/58876284/1-1-Definisi-Dan-Konsep-Disleksia


Mohd Zuri Ghani, A. C. (2011). Pengantar Pendidikan Khas. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Nusi (2012, December 8). punca-punca masalah disleksia. Retrieved August 21, 2014, from Di sini bermulanya..: http://kasturinusi.blogspot.com/2012/12/kbk3073-disleksia.html

RAMASAMY (2008). MASALAH Disleksia dalam kalangan murud. 13-15.

Jabatan Pendidikan Khas(1998). Hala Tuju Pendidikan Khas. Kuala Lumpur ; Kertas yang tidak terbitkan.

Ali, N. S. (2012, Oktober 27). Punca-punca disleksia. Retrieved from Norhairisheikhali.blogspot.com/2012/10/punca-punca-disleksia.html?m=1
Lokman, H. (2013, mac 21). Sindrom Down . Retrieved from www.alhidayah-media.com/coretan-hj-lokman/sindrom-down
Ming, A. (2011). Apa itu disleksia. Retrieved from Notagurupelatih.blogspot.com/2011/09/apa-itu-disleksia.html?m=1
Suep, C. (2013, April 16). Down Syndrome. Retrieved from Laman E-ilmu: Cikgusuepkhas.blogspot.com/2013/04/mengenai-down-syndrome.html?m=1