"Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat." "Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK." "Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa." "Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu." "Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan." "Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti" ~ Hukama SUMBER MUTIARA KATA:http://notamengajarbelajar.blogspot.com/2013/02/kata-kata-hikmah-pembakar-semangat.html
Ahad, 21 September 2014
Home »
» Mutiara Kata
Mutiara Kata
1:52 PG
No comments
Related Posts:
Masalah Pendengaran Masalah Pendengaran Pengenalan masalah pendengaran Apa yang dikatakan sebagai pekak?Ia adalah tidak lebih daripada ketidakupayaan untuk mendengar malah untuk berkomunikasi juga.Walaubagaimanapun,mereka juga… Read More
Lawatan Ke Sekolah Kebangsaan Taman Cuepacs(Pendidikan Khas)(SESI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN) … Read More
My Integriti Definisi Integriti Integriti sebenarnya berasal dari istilah bahasa Inggeris yang membawa erti keutuhan dari semua segi yang baik. Dalam bahasa Melayu, ia biasanya menjurus kearah perwatakan se… Read More
Jom amalkan integriti … Read More
My Integriti.. … Read More
0 aku:
Catat Ulasan