https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiOgzJ3vML0hyphenhyphen9i1875wXz3DZvhD4VkF4CbachcrfN2iXV29LtY2kvTWU4i6CmUwciIhePMo33g51f7ePVrjRi6o80Q8HAhLn3Oa4XvedbGIABQKoI3-62eYZWhRheifHl5vYGvmaTgeLY/s1600/assalamualaikum.png

Isnin, 29 September 2014

My Integriti

Definisi Integriti
Integriti sebenarnya berasal dari istilah bahasa Inggeris yang membawa erti keutuhan dari semua segi yang baik. Dalam bahasa Melayu, ia biasanya menjurus kearah perwatakan seseorang. Maksud integriti mengikut Kamus Dwibahasa DBP, 1985, ialah kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan; keutuhan.
Dari maksud yang didapati dari Kamus di atas, integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya.

  1. Secara ringkasnya, integriti boleh dibincangkan kepada dua bahagian iaitu, pertama bersabit dengan individu; kedua integriti di peringkat organisasi. Namun begitu, pada umumnya integriti merujuk kepada himpunan kualiti unggul yang wujud di kalangan individu dan kualiti ini berteraskan kepada prinsip berpegang teguh kepada kejujuran dan amalan bermoral tinggi.
  1. Di peringkat individu, integriti ialah keselarasan di antara tindakan dengan prinsip moral, etika dan undang-undang; serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan umum. Sementara itu di peringkat organisasi tercermin dalam perumusan dan perlaksanaan kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika berkenaan ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi (corporate culture).
  1. Secara idealnya integriti sama ada di peringkat individu ataupun organisasi bermaksud 'code of behavior'. Jika semua orang melaksanakan kod ini dengan baik mengikut lunas-lunas yang ditetapkan oleh agama dan masyarakat bertamadun, nescaya sebuah masyarakat atau negara itu akan maju dan bertamadun. Soalnya, mengapa integriti ini sukar dicapai?
  1. Terdapat banyak kes yang menjadi bukti mengapa integriti sukar dicapai malah masalah tiada integriti masih menjadi masalah utama kepada negara. Kita sering mendengar bagaimana seorang penjawat awam mahupun swasta menerima rasuah untuk memudahkan sesuatu proses yang melibatkan kepentingan umum. Rasuah untuk mendapatkan tender, rasuah untuk memotong barisan, rasuah untuk mengelak dari dikenakan hukuman dan macam-macam lagi. Pada satu tahap amalan tidak berintegriti seperti memberi dan menerima rasuah ini, seakan-akan sudah menjadi sebahagian dari budaya yang diamalkan oleh sebilangan ahli masyarakat.
  1. Sebenarnya, kita tidak perlu melihat terlalu jauh atau besar tentang masalah tiadanya integriti. Tidak perlu sangat untuk kita bincang bagaimana rasuah telah menjadi barah kepada si polan itu atau si polan ini. Sebelum kita membincangkan tentang masalah integriti di kalangan orang lain, elok kita halusi diri kita sendiri. Dalam masa 24 jam, berapa kali kita mandi sehari, berapa kali kita memberus gigi, membersihkan bilik tidur, melakukan ibadat, membaca buku, menyiapkan tugasan, bertanya khabar ibu bapa, sahabat, rakan, dan macam-macam perkara lain yang kita anggap remeh. Anda tahu jawapannya.
  1. Secara ringkasnya, integriti ini merujuk kepada cara kita bertingkah laku. Apakah tujuan kita melakukan itu dan ini? Bagaimana dengan niatnya? dan lebih penting ialah cara atau kaedah untuk mencapai tujuan dan niat itu mestilah dilakukan dengan betul. Maksud betul ialah mengikut ajaran agama dan mematuhi undang-undang. 

Sumber: develop-tutor.blogspot.com




INTEGRITI GURU, KEBERKESANAN MEMBENTUK JATI DIRI Dipetik daripada : http://reformasimindaguru.blogspot.com/2011/01/integriti-guru.htmlINTEGRITI GURU
Integriti merupakan rumusan kepada pemulihan martabat guru di mata masyarakat. Jika selama ini warga guru sudah semakin hilang sengatnya dimata masyarakat, ia berkait rapat dengan integriti.Sebagai golongan yang diamanahkan oleh ibubapa dan diberi kepercayaan untuk mendidik dan membentuk survival anak-anak mereka di masa hadapan, guru-guru harus membalas kepercayaan tersebut dengan keyakinan yang tidak berbelah bagi. Guru-guru dikenali oleh ibubapa sebagai insan yang mahir dalam selok belok pendidikan.Kebanyakan ibubapa masa kini tidak lagi melihat tugas guru untuk membentuk sahsiah anak mereka kerana terlalu banyak isu yang berbangkit dari masa ke semasa. Ibubapa masa kini lebih mempersoalkan pencapaian akademik anak mereka berbanding perkara lain kerana inilah perkara yang ditekankan oleh sekolah. Peperiksaan yang menjadi penentu aras kebolehan pencapaian anak-anak mereka. Ibubapa mana yang tidak mahu guru membentuk juga sahsiah anak mereka tetapi memandangkan trend masyarakat yang mementingkan pencapaian dalam peperiksaan maka ibubapa juga seolah terlupa tentang peluang pembinaan sahsiah yang sewajarnya dididik oleh guru melalui tingkahlaku mereka sendiri yang menjadi teladan. Isu-isu teknikal sering menjadi bahan rungutan ibubapa terhadap guru hari ini seperti tidak memeriksa buku latihan, tidak memberi kerja rumah yang mencukupi, kertas soalan yang tidak bermutu, menyemak buku latihan secara sambil lewa, gagal menghabiskan sukatan pelajaran apabila peperiksaan semakin hampir dan pelbagai lagi isu teknikal yang berkaitan.Isu pembentukan sahsiah pula hanya berkisar kepada permasalahan disiplin yang timbul seperti gejala sosial yang semakin merebak seperti merokok, gangsterisme, melepak, dadah dan sebagainya. Apabila diajukan persoalan ini maka ianya menjadi perbincangan sosial dan guru-guru meminta mereka tidak dijadikan penyebab lantas mengaitkan juga kegagalan ibubapa memikul peranan mendidik sahsiah anak-anak mereka.Alasan guru-guru mudah, masa yang terhad di antara guru dan pelajar di samping tugasan mengajar pelajar yang ramai menyebabkan pembentukan sahsiah pelajar tidak dapat ditumpukan sepenuhnya. Guru sering berharap agar ibubapa tidak melepaskan tanggungjawab tersebut kebahu mereka semata-mata tetapi perlu bersama-sama memikul tugas mengikut masa dan tempat pelajar tersebut berada.Ibubapa pula sering menunding jari mereka kepada keupayaan guru kerana tugasan mereka yang sibuk dari pagi hingga ke malam tidak mengizinkan mereka mendidik sahsiah anak-anak tambahan pula mereka tidak mempunyai kemahiran formal sebagaimana guru yang dilatih untuk membentuk sahsiah pelajar.Maka, tunding menunding berterusan dari tahun ke tahun tanpa penyelesaian tetapi kesan yang ketara gejala sosial semakin bertambah parah di kalangan remaja sekolah dicelah-celah perselisihan guru guru dan ibubapa. Semakin lama kita membicarakannya semakin parah keadaannya.Pepatah “Guru kencing berdiri anak murid kencing berlari” perlulah difahami maksudnya dan dijadikan peringatan sepanjang masa. Maksud sebenar pepatah tersebut iaitu sebagai seorang guru perlulah menonjolkan sifat terpuji dalam diri tidak kira di mana sahaja kita berada samada dihadapan pelajar ataupun dibelakang mereka.Inilah maksud sebenar pepatah tersebut yang perlu menjadi pegangan guru-guru. Jika sebelum ini guru-guru merasakan bahawa pepatah tersebut berkait dengan teladan mereka akan dicontohi oleh pelajar maka hari ini kita perlu merenung lebih jauh lagi berhubung tindakan kita yang konsisten di mana-mana sahaja.


0 aku:

Catat Ulasan