APA ITU SINDROM DOWN?
Sindrom Down ialah penyakit konginetal apabila seseorang di lahirkan mempunyai 3 salinan kromosom 21. Pada seseorang yang normal, mereka sepatutnya hanya mempunyai 2 salinan kromosom. Sindrom Down tidak boleh diubati. Perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak Sindrom Down lambat dan perlu didikan awal agar dapat membantu mereka berdikari.
üMempunyai iras muka yang sama
üMempunyai pangkal hidung yang kemek
üJarak diantara dua mata jauh, mata merah, berair dan sepet
üSaiz mulut kecil
üSaiz lidah tebaldan pendek
üPertumbuhan gigi lambat dan tidak teratur
üJari-jari tangan pendek dan jari kelingking membengkok
üTangan lebar dan pendek
üKaki agak pendek dan jarak ibu jari kaki dan jari kaki kedua agak jauh.
üMempunyai otot yang lemah
üBerbadan gempal, rendak serta bongkok.
üBerambut lurus dan lembut
Sindrom Down adalah masalah DNA hasil daripada gangguan kromosom yang membezakan fizikal dan kognitif. Di dalam sel badan yang normal akan mempunyai 46 kromosom, tetapi untuk pesakit Sindrom Down, mereka mempunyai 47 kromosom dalam setiap sel tubuh mereka. Tiga jenis Sindrom Down yang dikenal pasti seperti berikut:
1)Sindrom Down Trisomi 21
Setiap sel dalam badan pesakit mepunyai 47 kromosom dan bukan 46 kromosom seperti bayi yang normal.
2)Sindrom Down Translokasi
Tambahan kromosom 21 terasuk ke dalam kromosom yang lain dan boleh diwarisi dari seorang ibu bapa
3)Sindrom Down Mosaic
Sesetengah sel mempunyai satu kromosom tambahan (47) dan lain-lain mempunyai kromosom yang normal (46). Jenis ini disebabkan oleh kemalangan dalam pembahagian sel dalam perkembangan embrio dan berlaku kesilapan dalam salah satu daripada pembahagian sel yang pertama sejurus selepas mengandung.
Punca-punca lain :
1)Genetik
2)Pendedahan kepada pancaran Sinar-X
3)Jangkitan virus
4)Ubat-ubatan yang kuat
5)Masalah hormon dan imunologi
6)Umur ibu mengandung
q Mempunyai kecacatan jantung kongenital (jantung berlubang)
q Kelewatan bercakap
q Kehilangan pendengaran
q Masalah penglihatan
q Kelemahan otot
0 aku:
Catat Ulasan