Pendidikan Khas di Malaysia mula diberi perhatian pada tahun 1920-an oleh golongan sukarelawan yang mula terlibat dalam pembukaan sekolah khas bermasalah pendengaran dan penglihatan. Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji pelakasanaan dasar pelajaran 1979 melalui Perakuan 169 merupakan titik tolak yang membawa penekanan dan tumpuan terhadap perkembangan pendidikan khas di Malaysia.
Pendidikan Khas ialah satu program yang dibentuk untuk memenuhi keperluan pendidikan murid-murid yang berkeperluan khas. pendidikan khas juga merujuk pada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strtegi, kaedah dan teknik untuk mengajar murid-murid istimewa kerana mereka tidak berupaya untuk mencapai target yang sepatutunya daripada program sekolah aliran perdana.
Dalam tamadun awal seperti Yunani dan Rom, orang kurang upaya seperti golongan yang terencat akal, buta, pekak dan tidak sempurna anggota badan dan fizikal mereka akan menjadi bahan ejekan, cemuhan dan gurauan masyarakat.Orang kurang upaya dianggap sebagai golongan yang hina. Kelurga yang mempunyai anak yang dikategorikan sebagai kurang upaya juga harus mencampakkan anaknya di suatu tempat yang tinggi atau jauh kerana menganggap bahawa anak kurang upaya akan membawa sial dan menyusahkan hidup masyarakat sekeliling.
Sejarah Pendidikan Inklusif
Di Malaysia , Program Pendidikan Inklusif terbahagi kepada tiga kategori iaitu inklusif penuh, inklusif separa dan inklusif tempat. Pendidikan Inklusif penuh bermaksud murid-murid khas akan mengikuti sesi pembelajaran di dalam kelas aliran perdana, belajar bersama-sama murid-murid normal yang lain. Pendidikan inklusif separa pula bermaksud murid-murid khas mengikuti sesi pembelajaran di dalam kelas aliran perdana bersama-sama murid-murid normal yang lain pada masa-masa tertentu sahaja. Manakala pendidikan inklusif tempat pula bermaksud murid-murid khas belajar di dalam kelas khas bersama-sama rakan-rakan mereka yang juga murid-murid khas di sekolah aliran perdana. Inklusif tempat jiga dikenali sebagai Program integrasi.
0 aku:
Catat Ulasan