-Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. -Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. -Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. -Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. -Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti. Kaedah atau aktiviti p&p yang berpusatkan kepada pelajar di mana pelajar yang melakukannya ialah: 1)Soal jawab 2)Latih tubi 3)Bercerita 4)Membuat latihan 5)Penerangan, penjelasan, huraian 6)Perbincangan 7)Inkuiri 8)Penemuan 9)Bacaan 10)Sumbang saran 11)Demostrasi oleh pelajar 12)Kerja amali 13)Eksperimen 14)Projek 15)Kuiz 16)Penyelesaian masalah 17)Reka cipta 18)Pembelajaran koperatif atau kerja kumpulan 19)Main peranan 20)Lakonan 21)Simulasi 22)Membuat nota sendiri 23)Lawatan 24)Pengajaran berprogram 25)Pembelajarean berbantu komputer 26)(PAK (Pembelajaran Akses Kendiri) SUMBER RUJUKAN:http://www.teachersrock.net/masteri3.htm#Pengurusan :http://bobezani.tripod.com/teknik.htm
Ahad, 21 September 2014
Home »
» Kaedah atau aktiviti p&p kepada pelajar
Kaedah atau aktiviti p&p kepada pelajar
2:08 PG
No comments
0 aku:
Catat Ulasan