ASSALAMMUALAIKUM.. Hai adik-adik,sahabat-sahabat dan warga blog sekalian. Hari ini, saya ingin kongsikan cara-cara membuat nota yang lebih berkesan dan mudah difahami. Sesetengah dalam kalangan kita membuat nota sendiri, tetapi sukar memahami isi kandungan yang ditulis, salah satu puncanya adalah tidak tersusun dan warna tidak menarik perhatian serta menggunakan warna yang sama. Kemahiran mencatat merujuk keupayaan anda untuk mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas. Anda digalakkan untuk menggunakan ireativiti sendiri untuk menghasilkan penulisan bahan ilmu dan imaginatif. Cara-cara membuat Nota 1)Annotation -memberi penjelasan dalam bentuk penerangan ringkas mengenai sesuatu kerja seperti artikel, bab buku, buku, laman web atau filem. Penjelasan tersebut mungkin berbentuk deskriptif atau kritikal. -Annotation adalah cacatan atau cadangan ringkas dalam buku teks atau nota yang ditulis diruangan tepi sesuatu artikle. Annotation juga boleh dibuat dengan: >Menggaris fakta >Menandakan isi penting >Menggunakan tanda ? atau menggunakan highlight >Menggunakan tanda betul dan salah >Boleh juga menggunakan pelekat 2) Outline Notes -Nota juga boelh diambil menggunakan outline, iaitu menggunakan frasa dan kata kunci. Outline juga dilakukan dengan menggunakan tajuk besar dan kecil serta indentation. 3) Column Notes Column Notes adalah cara mengambil nota menggunakan format berbentuk lajur. Teknik ini lebih sesuai bagi subjek Sains dan Matematik 4)Nota Rumusan Nota juga boleh dicatat dalam bentuk rumusan. Nota rumusan mengandungi semua maklumat yang telah diringkaskan dan ditulis dalam perengan SUMBER RUJUKAN Buku:Kemahiran Belajar Penerbit:Multimedia Sdn.Bhd Pengarang:1) Syed Ismail Syed Mustapa 2) Ahmad Subki Miskon 3) Aliza Adnan
Sabtu, 20 September 2014
Home »
» Kemahiran Membuat Nota
Kemahiran Membuat Nota
7:26 PTG
No comments
Related Posts:
My Integriti Definisi Integriti Integriti sebenarnya berasal dari istilah bahasa Inggeris yang membawa erti keutuhan dari semua segi yang baik. Dalam bahasa Melayu, ia biasanya menjurus kearah perwatakan se… Read More
DISLEKSIAAPAKAH ITU DISLEKSIA? Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku. Kanak-kanak disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha. Masalah asasnya adalah perbez… Read More
Masalah Pendengaran Masalah Pendengaran Pengenalan masalah pendengaran Apa yang dikatakan sebagai pekak?Ia adalah tidak lebih daripada ketidakupayaan untuk mendengar malah untuk berkomunikasi juga.Walaubagaimanapun,mereka juga… Read More
My Integriti.. … Read More
Lawatan Ke Sekolah Kebangsaan Taman Cuepacs(Pendidikan Khas)(SESI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN) … Read More
0 aku:
Catat Ulasan