PENDENGARAN
Masalah pendengaran ini boleh dibahagikan pada dua kumpulan iaitu, pekak dan mengalami kesukaran dalam mendengar. Individu yang pekak ialah individu yang tidak berupaya mengerti atau memahami segala bunyi di sekeliling mereka walaupun dengan bantuan alat pendengaran. Individu ini juga, tidak boleh menggunakan pendengaran sebagai cara yang asas untuk memperolehi maklumat. Manakala individu yang mempunyai kesukaran mendengar adalah individu yang dapat memproses maklumat daripada bunyi disekeliling mereka dengan bantuan alat pendengaran.
PENGLIHATAN
Keupayaan untuk melihat terdiri daripada dua bahagian. Pertama, kebolehan untuk menfokus dengan jelas dan tepat iaitu ketajaman penlihatan. Kedua, kebolehan untuk menfokus dengan jelas dan tepat iaitu tanpa melihat benda itu secara langsung iaitu keluasan bidang pandangan. Jika salah satu daripada keupayaann tersebut tidak sempurna, maka ia menunjukkan bahawa mata tidak normal. jika mata tidak normal, sinaran cahaya daripada benda yang berada pada jarak 20 kaki atau 6 meter atau lebih dekat akan difokuskan pada retina mata.(WHO, 1997)
SUMBER RUJUKAN:
Buku: Pengantar Pendidikan Khas
Penerbit: Universiti Sains Malaysia(Pulau Pinang)
Pengarang: 1) Mohd Zuri Ghani
2) Aznan Che Ahmad
Isnin, 15 September 2014
Home »
» Kriteria-kriteria Keupayaan Pendengaran & Penglihatan
Kriteria-kriteria Keupayaan Pendengaran & Penglihatan
12:42 PTG
No comments
0 aku:
Catat Ulasan