Gaya Pembelajaran Pelajar Guru harus tahu bahawa pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza dan sebab itulah tiada satu kaedah mengajar yang terbaik untuk semua pelajar. Jadi, guru harus menggunakan berbagai-bagai kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar yang berbeza dalam gaya pembelajaran itu dapat belajar dengan berkesan dan menguasai hasil pembelajaran. Pada asasnya, terdapat tiga gaya pembelajaran iaitu: Pelajar visual: Pelajar dalam golongan ini suka belajar dengan melihat Huruf atau perkataan Benda, gambar atau gambar rajah Demostrasi, tindakan atau lakonan Pelajar audio: Pelajar dalam kumpulan ini suka belajar dengan mendengar atau bercakap seperti Mendengar cerita, penerangan, syarahan, huraian olehguru atau pelajar lain Menerangkan, berbual, memberi pendapatnya, bercerita atau menghuraikan Pelajar kinestetik: Pelajar dalam kumpulan ini suka belajar dengan membuat atau melakukan sesuatu seperti: Menulis atau melukis sesuatu Membuat latihan, kerja amali, eksperimen, lakonan, simulasi, atau projek Untuk menentukan semua pelajar dapat belajar dengan berkesan, guru harus menggunakan kaedah-kadah mengajar yang melibatkan visual, lisan, dan kinestetik. Beberapa penyelidik pendidikan telah mencadangkan pelbagai model gaya pembelajaran dan model itu diringkaskan di bawah.
0 aku:
Catat Ulasan